anak luar nikah tidak boleh di bin/binti kan






  • Blhkah Nama Bapa Dtukar?

    Soalan

    salam..saya telah bernikah dgn suami ketika usia kandungan 27 minggu dan yg menikahi sy adalah lelaki yg menghamilkan saya..blh tak jika saya tukar binti anak dari abdullah ke nama bapa kandungnya untk tujuan persekolahan...ini juga utk menutup aib si anak yg masih kecil..jika blh,bagaimana caranya?kepada pihak mana saya harus berhubung...terima kasih...



    Jawapan
    Waalaikumusalam,anak yang lahir tak sah taraf (kurang daripada 6 bulan Qomariyah dan 1 lahzah) selepas perkahwinan, tidak boleh dibinkan kepada lelaki yang menghamilkan ibunya.Perkara ini merupakan ketetapan hukum Islam yang terkandung dalam kitab fiqh.Jika dikira 27 minggu bersamaan hampir tujuh bulan usia kandungan bayi baharu lelaki yang menghamilkan ibunya berkahwin. Ertinya hanya 2 1/2 bulan sahaja selepas berkahwin anak tersebut pun lahir.
    Justeru mengikut hukum fiqh anak tersebut tidak boleh dibin @ bintikan kepada lelaki yang menyebabkan ibunya hamil.walaupun lelaki tersebut akhirnya berkahwin dengan ibunya.Malah dalam hukum Fekah anak tersebut hendaklah dibin kan kepada IBUNYA atau Abdullah atau asmaul husna.Ini kerana anak tersebut diistilahkan sebagai anak yang tidak sah taraf.
    Dalam hal ini puan tidak boleh mendakwa lelaki tersebut merupakan ayah kandung sebenar bagi bayi anda ,Ini kerana dalam kitab fikah, yang diiktiraf ayah kandung sebenar ialah berlakunya perkahwinan secara sah dan persetubuhan yang halal mengikut syarak.Apakah perkara seumpama ini diikuti sebelum persetubuhan terjadi?
    Panel nasihatkan jangan disebabkan hendak tutup aib di dunia kita KETEPIKAN HUKUM ISLAM,Apakah puan boleh menjamin aib akhirat jika puan binkan anak puan kepada lelaki yang telah menghamilkan puan?Pengadilan akhirat oleh Allah SWT lebih terbuka di padang mahsyar.Ramai orang akan melihat tindak tanduk dan kelakuan tidak beradab kita semasa di dunia, ketika itu kita tidak boleh berselindung daripada menanggung aib dan malu yang teramat sangat.
    Justeru panel syorkan eluk lupakan aib dunia tetapi ikutikan ketetapan hukum yang akan dapat membela anda diakhirat. Jika anda telah lakukan mohon keampunan dan taubat kepada Allah SWT, mudah-mudahan Allah akan mengampunkan dan menerima taubat anda.Wallahu a'lam.




  • 5 comments:

    1. Benci pendapat ustaz ni... Ayat trrlalu keras

      ReplyDelete
    2. Ustaz tu cakap betul dan tegas sebab hukum Allah tu tegas tak boleh banyak alasan dan kerenah. Orang yg sentap dan makan cili je yg rasa ayat ustaz tu terlalu keras.

      ReplyDelete
    3. As salam..sye prnh dgr tazkirah drpd ustaz harun din d tv..ustaz harun din ada mengatakan anak tidak sah taraf diharuskan dibin @ dibintikan dgn bapa kandung..sekiranya tidak tahu siapa bapa kandung barulah dibin @dibintikan dgn abdullah..cuma anak itu tidak boleh menuntut hak dalam pembahagian nasab si bapa..ad jgyg menyatakan boleh dibin @ dibintikan dengan bapa kandung selagi kandungan blm berusia 3 bln..wallahualam

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...