So tutorial aku nak kasi kat korang ialah.. macamana nak write protect usb pc korang dan macamana pulak nak bukak write protect tu bila diperlukan.. (unblock)

So kita pahamkan terminologi Write Protected dahulu

a) Write Protected = Satu keadaan dimana tidak membenarkan penyimpanan, pembuangan, pengubahsuaian sesuatu data ke dalam sesuatu devices (contohnya USB Pendrive korang)

ok term kat atas ni simple gila aku rasa... korang boleh set USB korang jadi write protected... ataupun ada virus yang akan tolong setkan bila virus tu infect pendrive / usb drive korang

ok terus ke tutorial.. :D
-------------------------------------------------------------------------
1. Korang klik start , pilih run dan typekan regedit... 

2. Klick pada HKEY_LOCAL_MACHINE , pilih SYSTEM , pilih CurrentControlSet

3. Dalam key CurrentControlSet pulak korang cari key Control

4. Korang right click dan pilih new , pastu pilih Key

5. Renamekan new key korang tu kepada -> StorageDevicePolicies

6. right click pada StorageDevicePolicies dan pilih new dan pilih lagi DWORD Value

7. right clik pada DWORD baru dan pilih rename, tukar nama DWORD tu kepada WriteProtect

8. double click DWORD WriteProtect dan masukkan nilai dalam Value Data(0 / 1)

nilai 0 = turn Off

nilai 1 = turn On
------------------------------------------------------------------------
means kalo korang letak nilai 1, maka segala USB yang masuk akan jadi write protected dan orang takkan boleh copy data pc korang sesuka hati ke dalam USB mereka...

and kalo korang terkena virus yang menyebabkan pendrive korang automatik write protect.. tukarkan nilai Value data bagi DWORD WriteProtect kepada 0... and korang dah boleh guna antivirus untuk delete virus yang jahat tu..


and the last step.. please restart PC korang untuk registry update... :)

so aku harap serba sedikit tutorial ni bolehla membantu korang kalo nak block USB drive daripada mencuri bahan2 dalam hard disk korang atau korang nak unblock USB Drive korang yang dah kena virus penyebab write protected ni berlaku.. :D


kalo ada apa2 pertanyaan sila tanya yer... :).. selamat mencuba... :)