Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya..
DOWNLOAD mkv : part 1 , part 2
No comments:
Post a Comment