Akhiri dara pada usia 56 tahun
KUALA LUMPUR: Hubungan persahabatan antara anak dara berusia 56 tahun, Khalijah Che Lah dengan duda beranak lima, Ismail Buang, 65, yang terjalin sejak setahun lalu, diakhiri dengan ikatan perkahwinan pada majlis pernikahan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, di sini, semalam.
Khalijah mengakui bersyukur apabila bertemu jodoh dan mengakhiri zaman daranya walaupun pada usia emas.
Mesra dipanggil adik oleh suami, Khalijah berkata, dia mengenali Ismail yang kematian isteri sejak Mac 2011 dan perkenalan terjadi apabila kedua-dua mereka bertemu secara tidak sengaja di rumah anak saudara suaminya.
“Biarpun mengakhiri zaman bujang pada usia 56 tahun, saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi dan bakal berkongsi suka duka.
“Cuma yang menyedihkan, ibu bapa saya tak berpeluang menyaksikan hari bersejarah ini. Jika masih ada (hidup), pasti mereka orang paling gembira hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Arkib : Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment