Filem Cinta Kura-Kura ialah sebuah filem cereka yang bergenre komedi dan romantik terbitan KRU Studios
 Sdn Bhd manakala pengarah Filem Cinta Kura-Kura ialah Nizam Zakaria. 
Filem ini dibintangi pelakon terkenal antaranya Aeril Zafrel (Watak 
Utama), Tiz Zaqyal (Watak Utama), Zizan Raja Lawak (Kura-kura),
 Shy8, Farah Fauzana, Harun Salim Bachik dan banyak lagi. Jangan lupa 
menonton filem Cinta Kura-Kura kerana pasti anda akan berasa puas 
selepas menonton filem ini. Banayk adegan lucu yang akan membuat anda 
tidak berhenti bergelak ketawa.
Sinopsis 
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis 
ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, 
Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai 
kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya 
dia mahu melakukannya...      Kisah romantik komedi ini bermula disaat 
Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh 
hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak 
suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati 
Nani.
|  | 
| Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel bersama kura-kura | 
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon
 kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk 
berpacaran dengan Nani.      Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif 
jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke 
sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi 
romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi 
animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai 
untuk tontonan umum. 
ScreenShoot
 
 




 

No comments:
Post a Comment