Kelebihan Acer Timeline Ultra


Kuasa tahan lama



Semenjak dikeluarkan pada Oktober tahun lalu, komputer riba dari jenama Acer Timeline kini diteruskan lagi dengan pelbagai penambahan aplikasi uniknya.
Acer kini menampilkan Aspire Timeline Ultra memiliki pelbagai kelebihan antaranya kuasa baterinya kini mampu bertahan sehingga lapan jam lamanya.
Seterusnya, ia juga dilengkapi bersama aplikasi Acer Green Instant On untuk menghidupkan komputer riba dengan lebih cepat.
Manakala Acer Always Connect membolehkan pengguna menguruskan data dan multimedia dari mana-mana peranti, bila-bila masa walaupun ketika anda tidur.
Ia juga lebih nipis (hanya setebal 20 milimeter) dan ringan berbanding siri yang sebelumnya.
Selain itu, ia juga diperkukuhkan bersama pemproses Intel Core i Series, unit penyimpanan SSD/HDD, kesan bunyi teater rumah, dan pot USB 3.0.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...