 
Pernahkah anda terfikir tentang apa perbezaan antara Korea Utara dan Korea Selatan?  
Dalam artikel ini penulis akan dedahkan apa perbezaan antara utara dan selatan dan sebab 
Korea boleh berpecah menjadi dua.
Korea Utara 
Atau nama sebenar dalam bahasa Korea iaitu Republik Demokratik Rakyat Joseon (Hangul:  
조선민주주의인민공화국, Hanja: 朝鮮民主主義人民共和國, Joseon Minjujuui Inmin 
Gonghwaguk) adalah sebuah negara komunis yang diperintah oleh Kim Jong-il. Negara ini 
amat popular dengan propaganda dan pemujaan pemimpin mereka iaitu Kim Jong-il dan 
bapanya Kim Il-sung. Kerajaan Korea Utara gemar mempengaruhi rakyat mereka supaya 
membenci orang Amerika atas sebab orang Amerika yang memisahkan negara mereka 
menjadi dua. 
Memuja Kim Il-sung dan anaknya, Kim Jong-il yang dikatakan penyelamat bangsa Korea 
daripada pengaruh Jepun dan Amerika. Apa yang kita lihat tidak semestinya apa yang 
mereka rasai kerana kebanyakan cuma propaganda sahaja. Anda boleh dihukum mati jika
 keluar dari Korea Utara ke Korea Selatan. Keadaan ekonomi mereka amat berbeza sekali 
berbanding Korea Selatan dan kebuluran sering terjadi di kawasan desa di Korea Utara.
Kerajaan Korea Utara mengamalkan dasar Fahaman Juche (Hangul: 주체사상, Juche 
Sasang) iaitu berdikari sendiri tanpa bantuan dari luar. Sementara itu, Korea Utara 
mengharamkan telefon bimbit dan menghadkan penggunaan Internet di negara mereka. 
Jika anda melihat dokumentari dari Korea Utara, memang tidak sah jika anda tidak nampak 
potret Kim Jong-il serta ayahnya tergantung di dinding rumah, sekolah dan sebagainya. 
Mereka dianggap dewa di negara mereka.
Korea Selatan
 Atau nama sebenar dalam bahasa Korea iaitu Republik Han (Korea) (Hangul: 대한미국,
Atau nama sebenar dalam bahasa Korea iaitu Republik Han (Korea) (Hangul: 대한미국,  
Hanja: 大韓民國, Daehan Minguk) adalah sebuah negara yang dianggap salah satu 
negara yang termaju di Asia. Korea Selatan mengalami ketumbuhan ekonomi yang sangat 
menakjubkan sehingga digelar Keajaiban Sungai Han (Miracle of Han River). 
Disinilah datangnya semua artis-artis Korea yang kita minati dan drama-drama Korea yang 
selalu kita tontoni. Korea Selatan telah menjadi salah satu pengerak ekonomi dunia. 
Walaupun Korea Selatan mengalami masa yang sukar semasa zaman 50-an ke 70-an, 
amat menakjubkan jika kita lihat mereka boleh berdiri semula dengan sungguh pantas 
sekali.
Jika kita bandingkan antara kedua-dua negara tersebut, cuma kemajuan ekonomi dan 
 
ideologi sahaja yang membezakan antara dua negara ini. Kedua-dua Korea telah 
 
bertungkus-lumus untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan semua kedua-dua 
 
negara tersebut namun masih belum berhasil. Bayangkan jika kedua-dua negara itu 
 
bersatu semula, apa yang akan terjadi? 
Faktor utama yang menghalang penyatuan sudah tentu ideologi komunis yang berlawanan 
 
dengan kapitalis. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi mungkin 20 ke 30 
 
tahun yang akan datang.
Sebab Perpecahan
Sebab Korea boleh berpecah ialah penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Korea pada 
 
1905. Dan mula dipecahkan menjadi dua oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat pada 
 
tahun 1945 selepas perang dunia ke-2. Sebab itu, dua kerajaan Korea yang berasingan 
 
telah ditubuhkan dan ini telah mencetuskan Perang Korea 1950 antara kedua-dua Korea 
 
tersebut untuk mengawal keseluruhan Semenanjung Korea. 
Pada tahun 1953, perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak 
 
namun perjanjian damai tidak pernah ditandatangani. Oleh itu, secara teknikal, kedua-dua 
 
Korea tersebut masih dalam perang. Di kawasan sempadan antara dua Korea, perang 
 
dingin masih berlaku dan Korea Utara sering cuba ingin menyerang Korea Selatan secara 
 
senyap.
Konklusi
Diharapkan anda telah tahu dan memahami sebab mengapa Korea boleh berpecah 
 
menjadi dua dan jadikan apa yang berlaku di Korea sebagai pengajaran buat kita semua. 
 
 
No comments:
Post a Comment