Kuil Emas Terbesar didunia



Pemandangan kuil emas, Sri Narayani Peedam pada waktu malam.

Disalut emas
Bercakap mengenai kuil yang mahal, Kuil Sri Narayani Peedam di wilayah Vellore, Tamil Nadu India disaluti emas sepenuhnya termasuk pada patung dewi sembahannya, iaitu Sri Lakshmi Narayani.

Menurut ceritanya, kuil itu dipopularkan oleh seorang lelaki yang digelar Amma. Figura itu dipuja seperti tuhan kerana kemampuan dan kuasanya.
 kisahnya itu sampai ke luar negara hingga menarik minat ramai penyumbang dana dari Barat, khususnya Amerika dan Kanada
Daripada sebuah kuil biasa, Amma akhirnya telah mengubah Kuil Sri Narayani Peedam menjadi sebuah kuil emas dengan menggunakan lebih 1,500 kilogram emas hasil daripada mengumpulkan dana dari seluruh dunia.
Di atas kawasan tanah seluas 40.5 hektar itu juga, saluran dana tersebut turut dimanfaatkan untuk membina sekolah, kolej, hospital, rumah kebajikan, pusat belia dan kawasan perumahan yang kesemuanya di bawah pengurusan kuil.
Menariknya, sekolah, kolej, hospital dan rumah kebajikan dijalankan secara percuma. Ia seperti sebuah bandar persendirian.
Berdiri sebagai kuil emas terbesar di dunia, kerja-kerja membina, mengukir dan menyalut emas di kuil tersebut dilakukan secara tertutup, tanpa membenarkan kakitangan dan pekerja keluar dari kawasan kuil.
Kerja-kerja ukiran, kraf dan landskap dilakukan berdasarkan panduan Kitab Veda. Untuk sampai ke kuil emas yang bersih kerana dijaga rapi itu, seseorang perlu berjalan di atas laluan berbentuk formasi bintang enam bucu dengan jarak 1.8 kilometer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...