Lolipop berbahaya??


"KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, Kementerian meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.

“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletak di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan ‘Jom Sihat’ di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa Kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat digunakan palsu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak."

sumber  :  harian metro

*Siapa yang tak pernah makan lolipop kan. feveret mase kecik2 dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...