Harga seOrang kawan berbanding awek

Perempuan Selalu Bertanya Kenapa Lelaki Selalu Pentingkan Kawan2 Mereka Dari Awek Mereka Sendiri.. Padahal Bukan Boleh Kahwin Pun Dengan Kawan Mereka Tu..

Situasi 1:
Awek-
Aku : Sayang, I Eksidenlah, Langgar Belakang Kereta Orang, Mungkin Tak Boleh Nak Jemput U Balik Kerja Petang Ni Kot..
Dia : Tu Lah U Careless Sangat, Bawak Kereta Dah Lah Laju, Bla, Bla, Bla, Habis Siapa Nak Ambik I Petang Ni?? I Punya Kereta Dah Lah Kat Rumah..
Aku : Nak Buat Macam Mana Dah Benda Nak Jadi, Tak Apa Lah, Nanti I Datang Ambik Dengan Motor I, I Ingat Nak Pinjam Duit U Dulu Dalam Rm300, Nak Bayarkan Saman, Nanti Hujung Bulan Dapat Gaji, I Ganti Balik..
Dia : I Mana Ada Cash Banyak Tu Tengah2 Bulan Macam Ni, U Takkan Tak Ada Duit Simpanan Langsung??
Aku : Ada Tapi Kena Draw Pakai Buku, Lambat Pulak Nak Kena Pergi Bank Lagi..
Dia : Keluarkan Je Lah, Nak Buat Macam Mana Lagi Dah..
Aku : Yer Lah..
Dia : Ok, Jaga Diri Elok2, Jangan Lupa Ambik I Petang Ni Tau..

Kawan-
Aku : Mat, Aku Eksidenlah, Langgar Belakang Kereta Orang..
Mat : Teruk Tak?? Kena Kat Mana?? Kau Luka Apa2 Ke Tak??
Aku : Sikit Je, Kena Kat Trafik Light Depan SMC, Aku Tak Ada Apa2 Pun, Aku Ingat Nak Pinjam Duit Dengan Kau Rm300, Nak Bayar Saman Dulu, Nanti Aku Ganti Balik Bila Dapat Gaji..
Mat : Ok Lah, Bila Nak Pakai Duit Tu??
Aku : Sekaranglah, Boleh Hantar Kat Balai Polis Tak?? Aku Tunggu Kat Sini..
Mat : Ok2, Kejap Lagi Aku Sampai, Aku Pergi Draw Duit Kat ATM Kejap..

Situasi 2:
Awek-
Aku : Sayang, I On The Way Nak Pergi Ambik U Ni Tapi Motor Tayar Pancit Pulak..
Dia : Adoi, Dah Tu Macam Mana?? Tak Apa Lah, I Tumpang Kawan I Je Lah Balik..
Aku : Tak Tahu Lah, I Try Call Kawan I Lah, Kalau Dia Orang Tak Boleh Tolong, Terpaksa I Tolak Lah Motor Sampai Bengkel..
Dia : Ok Lah Kalau Macam Tu, Take Care k..

Kawan-
Aku : Pik, Aku On The Way Nak Pergi Ambik Awek Aku Ni Tapi Tayar Motor Pulak Pancit..
Pik : Pancit Kat Mana?? Aku Tengah Kerja Jugak Ni, Tapi Tak Apa Lah, Aku Keluarlah Kejap..
Aku : Kat Depan Shell Kampung Besut..
Pik : Ok, Kejap Lagi Aku Sampai..

Situasi 3:
Awek-
Dia : By, Jom Pergi Makan Kat Restoran Baru Buka Tu Malam Ni..
Aku : I Poket Tengah Kosong Lah Sayang, Kereta Kat Bengkel, Motor Pancit Pun Belum Baiki Lagi, Semua Nak Pakai Duit..
Dia : Alah U Ni, Bukan Sampai Beratus Pun, Makan Je, Apa Lah Malang Sangat Nasib I Dapat BF Kedekut Macam U Ni..
Aku : Hurmmm, Yer Lah, I Try Ikhtiar Lah..
Dia : Ok, Ni Lah I Baru Sayang Lebih Kat U Ni, I Ambik U Pukul 8 Malam Ni k.. :)

Kawan-
Joe : Bro, Jom Pergi Makan Kat Kedai Depan Tu..
Aku : Aku Tengah Kering Lah Bro, Kereta Kat Bengkel, Motor Pancit Pun Belum Baiki Lagi, Semua Nak Pakai Duit..
Joe : Aduh, Tak Apa Lah, Temankan Aku Makan Je, Aku Belanjalah Kau Sekali..

Situasi 4:
Awek-
Aku : Sayang, Kawan Baik I Ali Eksidenlah Kat Kuantan, Kritikal, Ada Kat ICU Sekarang Ni..
Dia : Bila Kena?? Eksiden Kat Mana?? Dengan Apa??
Aku : Baru Je Tadi, Kat Kuantan, Kereta Dengan Lori, Dia Bawak Kereta, Ingat Nak Pergi Melawat Dia Tapi Transport Pulak Tak Ada..
Dia : I Turut Bersimpati, Banyakkan Bersabar Yer U, Mungkin Ada Hikmah Disebalik Semua Yang Jadi, U Pun Beringatlah Sama Bawak Kereta Tu Hati2 Jugak Lain Kali..

Kawan-
Aku : Min, Kawan Baik Aku Ali Eksiden r, Kritikal, Ada Kat ICU Hospital Kuantan Sekarang Ni..
Amin : Eksiden Kat Mana?? Dengan Apa?? Dah Pergi Melawat Tak??
Aku : Kat Kuantan Jugak, Kereta Dengan Lori, Aku Nak Pergi Tapi Tak Ada Transport..
Amin : Tak Apa Lah, Pergi Dengan Kereta Aku, Bersiaplah, Kejap Lagi Aku Datang Ambik Kat Rumah Kau, Kalau Dia Habis Umur Kan, Tak Sempat Pulak Nak Tengok..
Aku : Ok Bro..

Jadi Awek Mereka Masih Lagi Penting?? Kawan2 Mereka Lebih Banyak Menolong Mereka Di Waktu Kesusahan Dibanding Awek Mereka Yang Beri Nasihat Je.. Siapa Kata Mereka Tak Boleh Kahwin??

Situasi Terakhir:
Kawan-
Aku : Din, Aku Kahwin Nanti, Kau Jadi Pengapit Aku Nak??
Din : Aku On Je Bro, Bila Kau Kahwin?? Kahwin Jugak Kawan Baik Aku Ni Akhirnya..
Aku : Nanti Aku Bagi Tahu Lah Tarikh Dia Nanti.. :)
Din : Bereh Bro..

Awek-
Aku : Sayang, Nanti I Kahwin Nanti, U Jadi Pengapit I Nak??
Dia : U Ni Dah Lama Hidup Ke?? Takkan Pengapit Pun I, Pengatin Pun I, Kalau I Jadi Pengapit U Siapa Nak Jadi Pengantin Perempuan?? Gggrrrr..
Aku : Adik Kawan I Din, Nama Dia Sarah.. ^_^

..Selagi Tak Jadi Suami Isteri Yang Sah, Harga Sebuah Persahabatan Masih Jauh Di Atas Harga Sebuah Percintaan..
 
sumber copy paste lam fb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...