KULIT kayu manis sering digunakan sebagai ramuan untuk menyedapkan makanan namun tumbuhan itu juga mempunyai nilai kesihatan kerana mampu mengubat penyakit diabetes.
Kandungan amorfrutin yang terdapat dalam kulit kayu manis memiliki bahan antidiabetes.
Amorfrutin berperanan mengurangkan kadar gula dalam darah selain menaikkan kebolehan insulin untuk memproses glukosa semasa badan seseorang memproses makanan secara metabolisme.
Satu kajian dari Pakar perubatan Institut Planck Bax, Berlin, Jerman, Sascha Sauer, kulit kayu manis juga bersifat ala insulin yang membantu mengurangkan paras glukosa darah dan kolesterol pesakit diabetes.
No comments:
Post a Comment