10 INFO TENTANG BAYI DALAM KANDUNGAN



10 INFO TENTANG BAYI



+=============================+



1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya 

kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan 
perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti
suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula 

bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, 

menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi 

lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan 

bayi sehigga usianya 5 bulan. 


4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih 

sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau 

denyut halus di perut
.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut 

ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar
bunyi kuat.


6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati 
dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh 
badannya.



7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. 
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.


8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak 

di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu
dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan 
yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan
mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan 
membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di 
sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...