Video penderaan kanak2 di pusat jagaan..




Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila kanak-kanak ini diperlakukan dengan kejam oleh si pelakunya.
Sebagai manusia yang bertamadun, apa yang berlaku dalam video ini harus dipandang berat oleh kita semua terutama pihak berkuasa.
Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis!
Menjerit-jerit kanak-kanak ini menahan kesakitan akibat daripada perbuatan tersebut.
Si pelaku mesti diheret ke muka pengadilan, si pelaku mesti dihukum!
Apa saja alasan tidak mungkin dapat mengjustifikasikan perbuatannya yang cukup memalukan ini.
Berdasarkan perbualan dalam klip video ini, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara kita.
Sedarlah, anak-kanak ini tidak berdosa, kalaupun ia berdosa, dosanya hanyalah kerana dia hanya mampu menangis dan tidak lebih daripada itu.
Justeru itu kami merayu sekiranya anda kenal dengan si pelaku dalam video ini, laporkan segera kepada pihak polis agar dia dapat diadili di atas kesalahannya itu.
Semoga Allah merahmati kanak-kanak ini, maaf, kami tidak mampu berkata apa-apa lagi…


p/s : sape ade anak kecil, pikir 2 kali kalo nk hntar nursery..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...