1) Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai uv
protection 100%,kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang x
cukup terang ( gelap ),bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini
akan membolehkan uv matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh
merosakkan struktur bentuk asal kanta mata ( menjadi rabun ).
2) Elakkan menggunakan computer tanpa memasang screen filter. kerana
cahaya yang dipancarkan oleh monitor computer atau screen tv boleh
merosakkan mata dengan cepat. ( cahaya uv tersebut boleh menjangkau
sehingga 2 meter.
3) Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak
cukup cahaya,terutama membaca sambil tidur melentang.( Pastikan cahaya
yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda ).
4) Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.
5) Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan
yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas,kerana keadaan
tersebut akan memberi tekanan pada mata anda.
6) Selalulah memandang pada benda2 yang berwarna hijau seperti timbuh2an,terutama pada sebelah pagi.
TIP MENJAGA CERMIN MATA DENGAN BAIK>
1) Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut.
2) Elakkan dari terkena bahan2 chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.
3) Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari.
4) Kepada cek mek molek tu, kalau boleh elakkan memakai cermin mata
ketika memasak,kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan
anti silau pada kanta tersebut.
5) selalulah membilas cermin mata anda pada setiap hari,dan laplah ia sampai keringggggg.
CARA MEMAKAI DAN MENJAGA KANTA LEKAP ( CONTACT LEN )
1) Pastikan anda tidak alahan pada semua jenis makanan laut.
2) Jangan memakai kanta lekap melebihi 10 jam sehari.
3) Jangan menunggang / membonceng motosikal semasa memakai kanta lekap.
4) Jangan memakai kanta lekap apabila anda mengambil ubat yang memberi kesan mengantuk.
5) Buka kanta lekap anda apabila anda ingin tidur,walaupun sekejap.
6) Cuci kanta lekap anda betul2 sebelum anda menyimpan kanta lekap anda.
7) anda perlu menukar air solution tersebut setiap hari walaupun anda x memakainya.
8) jangan memakai kanta lekap anda melebihi tempoh yang disyorkan ( 30 hari bagi yang 1 bulan/90 hari bagi yang 3 bulan )
9) Jangan memakai kanta lekap anda semasa berenang atau mandi.
AMMARAN: JANGAN MEMAKAI KANTA LEKAP SEKIRANYA ANDA DIKATEGORIKAN SEBAGAI PEMALASSSS.
TIPS INI DISEDIAKAN OLEH : WORLD OPTOMETRIST ( RANGKAIAN PUSAT OPTIK BUMIPUTERA )
No comments:
Post a Comment