Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Pada Waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu
biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga
yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…) Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas Tengah Malam
Alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
No comments:
Post a Comment