Penurunan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelbagai pihak selain persoalan mengapa aliran dianggap berprestij itu semakin kurang mendapat perhatian?
.Biarpun tidak bersikap lepas tangan dan pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi melonjakkan kembali peningkatan kepada 60 peratus pelajar aliran sains, keadaannya masih samar.
Justeru, timbul persoalan, adakah subjek yang dulunya menjadi simbol status pelajar sudah semakin tidak gah? Mengapakah pelajar drastik menukar ‘corak’ pemilihan pengajian?
Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Husin Wagiran, berkata rasa ingin bebas daripada belenggu aliran sains yang sukar serta menganggap aliran sastera mempunyai lebih peluang dalam kejayaan akademik menjadi faktor kemerosotan aliran berkenaan.
Beliau berkata, biarpun sains dikategorikan aliran berprestij, ‘pulangannya’ yang tidak konsisten menyebabkan pelajar lebih rela bertukar aliran.
“Dalam dunia persaingan hari ini, nilai prestij aliran tidak memainkan peranan penting sebaliknya jaminan yang mampu diberikan menjadi faktor tarikan utama.
“Sebagai golongan yang berada dalam situasi itu, tentu mereka membuat pemilihan aliran yang mampu memberikan pulangan selepas belajar. Pada pendapat mereka, apalah ada pada sains kalau kerjayanya terbatas.
“Masyarakat mungkin melihatnya dari perspektif berbeza, pelajar juga begitu.
Rasionalnya, mereka memilih bidang diingini biarpun pemilihan itu akan menyebabkan sasaran ditetapkan tidak tercapai,” katanya.
Sejak 2007, kemerosotan pelajar aliran sains ketara, sekali gus memperlahankan sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya sastera.
Senario itu berterusan �ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain sukar dan membosankan.
Beliau mengakui sains memang subjek sukar dan membosankan selain menjadi milik pelajar pandai, namun jika golongan itu turut tidak meminatinya, pasti ada sebabnya.
“Mengapa tidak mahu meneruskan pengajian dalam aliran itu sebaliknya memilih sastera? Adakah aliran ini tidak menjanjikan masa depan biarpun diiktiraf kerana statusnya?
“Banyak sebab perlu dikaji bagi menyelesaikan isu sedia ada. Sudah tentu kita tidak mahu mengorbankan masa depan mereka hanya kerana dibelenggu dengan masalah yang boleh diselesaikan,” katanya.
Definisi sains sebagai ilmu mengenai alam semula jadi juga boleh berperanan membina pengukuhan minat terhadap sains kerana masyarakat sering mengaitkannya dengan subjek sukar seperti matematik, biologi, kimia dan fizik.
“Benar, subjek berkenaan terutama Matematik sukar namun tidak bermakna pelajar tidak boleh menguasainya. Rasa tidak minat boleh didorong dengan penjelasan terperinci.
“Ada pelajar meminati subjek Sains tapi tidak Matematik, justeru ia boleh mengganggu proses pemilihan aliran,” katanya.
Menurutnya, sains memang rumit berbanding sastera yang lebih menekankan konsep pemahaman. Budaya pelajar juga lebih suka menghafal daripada melakukan analisis.
“Ini menyebabkan minat terhadap aliran itu tidak berkembang kerana sesiapa pun mahu memilih aliran mudah yang boleh menjamin mereka lulus cemerlang,” katanya.
Ditanya adakah senario ini boleh menggugat usaha serta perancangan ditetapkan, katanya ia masih boleh diperbaiki meskipun sukar mencapai sasaran 60 peratus ditetapkan.
“Selama ini, kita disogokkan bahawa sains susah, tidak menarik, boleh mengakibatkan keputusan merudum dan sebagainya. Ini menyebabkan pelajar takut.
“Apa salahnya, tanggapan itu ditukar kepada perspektif berbeza seperti sains membantu melonjakkan imej seseorang, menyeronokkan atau boleh menjawab pelbagai persoalan.
“Saya percaya, jika ditekankan dengan konsep pemikiran ini, minat terhadap sains dapat berkembang,” katanya.
Beliau berharap sekolah dapat mewujudkan kembali Minggu Sains dan Matematik sebagai peringkat asas menerapkan minat terhadap aliran itu.
“Program ini satu berkesan mencambah minat pelajar kerana sudah didedahkan dengan ‘kecantikan’ sains pada peringkat rendah,” katanya.
Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Shamim Salimon, berkata minatnya terhadap aliran sains dipupuk menerusi pembacaan serta kejayaan individu terutama saintis antarabangsa.
Dia dulunya kurang meminati sains, tetapi pendekatan menarik diguna pakai guru menjadikan ia terus bercambah hingga mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam aliran itu.
“Sains memerlukan pelajar gigih mengulang kaji kerana semua aspek saling berkaitan. Cara guru mendidik juga penting.
“Alasan enggan kerana takut keputusan tidak cemerlang, sangat goyah kerana aliran sastera juga susah dan memerlukan usaha untuk berjaya.
“Pendapat saya, individu sendiri yang perlu mencabar diri dan menetapkan matlamat sama ada untuk berjaya atau tidak,” katanya.
INFO:
sumber : Harian Metro
Benar kata saudara, saya juga pernah gagal di Universiti dalam jurusan Matematik Tulen dan pernah menjawat jawatan kumpulan sokongan didlam kerajaaan. Waktu itu, hanya 12 orang sahaja rakan-rakan yang bergraduat. Akhirnya saya mengambil kembali jurusan tersebut dan berjaya bergraduat setelah 10 tahun tetapi indah khabar sebenarnya. Dengan suasana pekerjaan yang amat terhad saya menyambung pengajian peringkat master dlm sains komputer. Tetapi pekerjaan saya adalah sebagai akauntan yang mana saya rasakan amat rugi kerana tidak dapat mengguna pakai secara total ilmu pengetahuan saya dlm bidang pekerjaan di dalam negara. Akhir kata saya memohon visa dinegara maju sebagai pekerja berkemahiran dan berhijrah meninggalkan keluarga nun jauh di tanah air. Tanah air kita masih lagi tidak bersedia untuk pekerjaan di dalam bidang sains. Jika boleh diundurkan masa ingin sekali saya menjadi seorang pelajar jurusan sastera sahaja dan tidak perlu terlalu memrahkan otak yang mana ia menyediakan peluang yang luas untuk hiduo dan bekerjaya di Malaysia.
ReplyDeleteBenar kata saudara, saya juga pernah gagal di Universiti dalam jurusan Matematik Tulen dan pernah menjawat jawatan kumpulan sokongan didlam kerajaaan. Waktu itu, hanya 12 orang sahaja rakan-rakan yang bergraduat. Akhirnya saya mengambil kembali jurusan tersebut dan berjaya bergraduat setelah 10 tahun tetapi indah khabar sebenarnya. Dengan suasana pekerjaan yang amat terhad saya menyambung pengajian peringkat master dlm sains komputer. Tetapi pekerjaan saya adalah sebagai akauntan yang mana saya rasakan amat rugi kerana tidak dapat mengguna pakai secara total ilmu pengetahuan saya dlm bidang pekerjaan di dalam negara. Akhir kata saya memohon visa dinegara maju sebagai pekerja berkemahiran dan berhijrah meninggalkan keluarga nun jauh di tanah air. Tanah air kita masih lagi tidak bersedia untuk pekerjaan di dalam bidang sains. Jika boleh diundurkan masa ingin sekali saya menjadi seorang pelajar jurusan sastera sahaja dan tidak perlu terlalu memrahkan otak yang mana ia menyediakan peluang yang luas untuk hiduo dan bekerjaya di Malaysia.
ReplyDeleteadidas superstar shoes
ReplyDeleteoff white jordan 1
moncler jackets
hermes
huarache shoes
adidas tubular
mlb jerseys
lebron 13
nike outlet
jordan 4
mon avis ici Gucci Dolabuy voir ceci site Web répliques de sacs à main ysl découvrir répliques de sacs à main gucci
ReplyDelete