Anak meninggal Bapa Pengsan
KUALA LUMPUR: Seorang bapa hampir pengsan dan terpaksa dipapah sejurus tiba di perkarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklumkan anaknya meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Tasik Permai, Ampang, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Saiful Ramli, 24, yang membonceng motosikal rakan baiknya, Mohd Syafiq Yahya, 24, dalam perjalanan ke sebuah bengkel untuk membeli alat ganti teksi yang rosak.
Menurut kakak Saiful yang dikenali sebagai Liza, 27, adiknya mengenali rakannya selepas kedua-duanya menyewa beli sebuah teksi dan bekerja secara bergilir-gilir menggunakan teksi berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
“Adik saya memandu teksi itu pada waktu siang manakala Mohd Syafiq memandu pada waktu malam, sekali gus menjadikan hubungan mereka akrab,” katanya ketika ditemui di HKL.
Katanya, adik bongsunya yang sudah berumah tangga bakal menimang cahaya mata ketiga Mei depan selain mempunyai dua anak berusia lima tahun dan lapan bulan.
Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Aidil Itnin, 24, berkata, dia melihat mangsa cuba memotong sebuah lori seberat satu tan di jalan berkenaan yang menghala ke Taman Putra, Ampang sebelum bergesel dengan lori berkenan dan tercampak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment