isu air Kelantan dilapor kepada SPRM


AZMI (empat dari kanan) mengetuai demonstrasi aman berhubung isu penyelewengan pengurusan air Kelantan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan RM600 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mengatasi masalah air di negeri itu.
Laporan akan dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Selasa ini bagi mendesak siasatan menyeluruh dibuat ekoran banyak projek yang dirancang Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan perbelanjaan luar biasa dan banyak yang gagal.
Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus bertanggungjawab dalam isu tersebut dan menjawab segala persoalan.
Tegasnya, projek Air Tidak Berhasil (NRW) yang membabitkan kos RM130 juta bermula Julai 2008 hingga Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air di Kelantan secara menyeluruh.
“Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng menelan belanja RM58 juta sedangkan difahamkan perbelanjaannya cuma sekitar RM35 juta tetapi kualiti bekalan air tetap rendah,” katanya ketika menyertai satu demonstrasi aman yang dihadiri hampir 1,000 orang di sini semalam

kosmo

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...