Profil Menteri Besar Kelantan



Menteri Besar Kelantan

Seorang yang sederhana, beliau lebih dikenali di kalangan penduduk kampung dan bandar sebagai “Tuan Guru” dan beliau tidak pernah berhenti memberikan Kutbah Jumaat serta ceramah-ceramah dari 1969 hingga 1978, dan semenjak 1990 hingga sekarang.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilahirkan di Kelantan pada tahun 1931. Beliau memulakan pendidikan dalam Bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan menengah, beliau menyambungkan pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan memperolehi Master Degree in Arts (M.A) dalam Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah.


Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik secara sepenuh masa, beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Ma’ahad Muhammadi, Kota Bharu dan juga sebagai pendakwah bebas. Beliau menjadi aktif dalam politik pada tahun 1967, dan dalam Pilihanraya Umum semenjak tahun 1969, beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Semut Api. Beliau retained kerusi tersebut pada 1990, dan bila Pas menawan Kelantan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 23 Oktober 1990.

Beliau adalah Pengerusi dan Pesuruhjaya PAS negeri bagi Dewan Ulama’ PAS Kebangsaan hingga 1995, dan sekarang beliau adalah Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS. Seorang yang sederhana, beliau lebih dikenali di kalangan penduduk kampung dan bandar sebagai “Tuan Guru” dan beliau tidak pernah berhenti memberikan Kutbah Jumaat serta ceramah-ceramah dari 1969 hingga 1978, dan semenjak 1990 hingga sekarang.

Tuan Guru telah berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima orang lelaki dan lima orang perempuan.

Biodata Ringkas Tuan Guru Nik Aziz
Tahun Lahir
1931
 
Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan
 
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.
 
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
 
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
 
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
 
Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
 
Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 21 Tahun.
Sumber: Cari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...