Sudah ajal : melecur ketika lemas


SEPANG: Sudah ajalnya, percubaan seorang wanita berusia 36 tahun bersembunyi di dalam bilik air sebaik dapur rumahnya terbakar gagal menyelamatkannya. Dia mati lemas dan melecur seluruh badan.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi semalam di Taman Desa Kayangan, Jenderam Hilir, Dengkil, Haswati Harun berlari ke bilik air yang terletak bersebelahan dapur rumahnya, sedangkan enam ahli keluarga lain, termasuk dua anaknya, berjaya keluar dari rumah.


Kejadian dikatakan berpunca daripada kecuaian suami mangsa berusia 33 tahun yang tidak memasang kepala gas dengan kemas, menyebabkan gas keluar tanpa disedari mangsa yang mahu memasak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, api yang dihidupkan mangsa untuk memasak menyambar berikutan gas yang keluar daripada kepala gas memenuhi ruang dapur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...