Showing posts with label Love info. Show all posts
Showing posts with label Love info. Show all posts

Harga seOrang kawan berbanding awek

Perempuan Selalu Bertanya Kenapa Lelaki Selalu Pentingkan Kawan2 Mereka Dari Awek Mereka Sendiri.. Padahal Bukan Boleh Kahwin Pun Dengan Kawan Mereka Tu..

Situasi 1:
Awek-
Aku : Sayang, I Eksidenlah, Langgar Belakang Kereta Orang, Mungkin Tak Boleh Nak Jemput U Balik Kerja Petang Ni Kot..
Dia : Tu Lah U Careless Sangat, Bawak Kereta Dah Lah Laju, Bla, Bla, Bla, Habis Siapa Nak Ambik I Petang Ni?? I Punya Kereta Dah Lah Kat Rumah..
Aku : Nak Buat Macam Mana Dah Benda Nak Jadi, Tak Apa Lah, Nanti I Datang Ambik Dengan Motor I, I Ingat Nak Pinjam Duit U Dulu Dalam Rm300, Nak Bayarkan Saman, Nanti Hujung Bulan Dapat Gaji, I Ganti Balik..
Dia : I Mana Ada Cash Banyak Tu Tengah2 Bulan Macam Ni, U Takkan Tak Ada Duit Simpanan Langsung??
Aku : Ada Tapi Kena Draw Pakai Buku, Lambat Pulak Nak Kena Pergi Bank Lagi..
Dia : Keluarkan Je Lah, Nak Buat Macam Mana Lagi Dah..
Aku : Yer Lah..
Dia : Ok, Jaga Diri Elok2, Jangan Lupa Ambik I Petang Ni Tau..

Kawan-
Aku : Mat, Aku Eksidenlah, Langgar Belakang Kereta Orang..
Mat : Teruk Tak?? Kena Kat Mana?? Kau Luka Apa2 Ke Tak??
Aku : Sikit Je, Kena Kat Trafik Light Depan SMC, Aku Tak Ada Apa2 Pun, Aku Ingat Nak Pinjam Duit Dengan Kau Rm300, Nak Bayar Saman Dulu, Nanti Aku Ganti Balik Bila Dapat Gaji..
Mat : Ok Lah, Bila Nak Pakai Duit Tu??
Aku : Sekaranglah, Boleh Hantar Kat Balai Polis Tak?? Aku Tunggu Kat Sini..
Mat : Ok2, Kejap Lagi Aku Sampai, Aku Pergi Draw Duit Kat ATM Kejap..

Step Sebelum kahwin...mesti taw..



Step Unofficial

1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.

2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.

3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.

4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.

Step Protokol dan Undang-Undang

Sekarang masuk protokol2 dan borang2.Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.Ada sebabnya.Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.

1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.

20 amalan Romantik suami isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

Andai wanita memahami lelaki




Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu 
sensitif dan mengambil berat (prihatin) 


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu 
tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa 
dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh 
menyukai wanita yang mempunyai banyak 
persamaan dengannya samada dari segi pemikiran 
atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan 
atau dikongsi bersama.


Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak 
mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh 
seorang wanita. 


Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk 
menambat hati wanita... 


Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat 
terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat 
wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! 
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming 
pool. 


Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan 
situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! 


Apa yang lelaki suka dan tidak suka tentang ciri2 wanita











Lelaki suka: 
1. Wanita yang bersikap kelakar 
2. Berbudi pekerti 
3. Murah hati 
4. Senyuman manja 
5. Tahu memasak 
6. Pandai dalam menggayakan pakaian 
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya 
8. Tidak mudah naik angin 
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak 
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian 
11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.? 12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya 13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi 
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi 15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri 
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan 17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang 
18. Yang tidak suka berleter 
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki 
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh 
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki 


Lelaki tidak suka: 

12 info tentang cinta




1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci. 

Ciri-ciri seseorang mencintai kamu





1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya. 


2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya. 


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk. 


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu. 


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya. 


6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan. 


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya. 


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya. 


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga. 


10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu. 


11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu. 


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia. 


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya. 


14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu. 


15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu. 


16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu. 


18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi. 


19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling ****h di dunia! 


20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu. 


21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya. 


22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu. 




Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas? Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup… 

"Romantic surprise" untuk bahagiakan rumah tangga



Romantic Surprise yang perlu dilakukan SUAMI kepada ISTERI tercinta
  1. Buka pintu kereta untuknya.
  2. Pulang rumah awal-awal sebelum isteri pulang dan masaklah makanan kegemaran dia.
  3. Lakukan sesuatu yang biasanya dilakukan isteri seperti iron baju, basuh pinggan, sapu sampah dan sebagainya.
  4. Packing baju-baju percutian tanpa pengetahuan isteri, dan bila malam, bawa dia ke mana-mana tempat percutian tanpa di diduga olehnya. Baru-baru ini ianya terjadi kepada Umi Aida di mana suaminya secara mengejut membawanya ke Genting walhal pada awalnya ingin dinner di restoren berhampiran
  5. Beli makanan yang istimewa dan layani isteri secara total di bawah cahaya sinaran lilin. Layani dia seperti babak Afdlin Shauki dan Vanidah Imran dalam filem Sepi.
  6. Balik kerja terus pergi mandi, then lakukan hubungan seks tanpa perlu menunggu malam.
  7. Buat sesuatu tanpa diminta Isteri. Jangan malas! Biarpun isteri anda adalah suri rumah, tidak bermakna semua kerja rumah di bawah tanggungan isteri. Jadikan ianya lebih menarik.
  8. Tempah hari cuti kerja tanpa memberitahu padanya, kemudian apply‘kan cuti untuk si Isteri (jika isteri bekerja). Berlakon untuk menghantar dia ke tempat kerja dan semasa dalam perjalanan, pergilah ke tempat yang dia tidak jangka! Dari mood malas pergi kerja, terus gembira habis.

10 cara untuk menolak cinta sahabat baik










1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. 


2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.


3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.


4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.


5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.


6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.


7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.


8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya 
dulu.


9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.


10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

Kenapa aku diperbodohkan [puitis cinta]




Sebelum ku kenalimu
hidupku cukup ngan suka duka
tak pernahku sangka semuanya akan berubah
dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini
tak mungkinku lupa katamu kan sentiasa di sisi
bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana
asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan
apa terjadi, diriku ni masih tertekan
hati dilukai setelah janji ditunaikan
tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
dikau punca pedihku, tiada baik darimu
tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

kenapa harus ku bercinta
kenapa ku begini
kenapa harus ku tanggung semua
kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kenapa aku diper****h kasih

tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa
siang malam termenung, sedih memakan hati
tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini
namun ku cekal hatiku, untuk melupakanmu
ku tahu kau begitu
malas ku nak rayu, buang tenagaku
kau takkan mendengarku
selamat tinggal oh kasih
janganlah iri hati
hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kenapa harus ku diper****hkan
kenapa harus ku merayu
kenapa ku percaya
kenapa harus ku dikecewakan kasih

kenapa harus ku bercinta
kenapa ku percaya
kenapa harus ku diper****hkan
kenapa harus ku merayu
kenapa ku bercinta
kenapa harus ku pegang janjimu

kenapa harus ku merayu
kenapa ku bercinta
kenapa harus ku diper****hkan
kenapa harus ku percaya
kenapa ku bercinta
kenapa harus ku pegang janjimu
kasih.

sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
baru kini ku berani untuk mengatakan oh gadis
dikau punca segala, kepedihan di hatiku
tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku

Tips untuk dating (untuk lelaki)







Bagi lelaki yg masih lg xtaw cara2 untuk dating..sini ade sikit info untuk anda aplikasikan masa keluar pergi dating bersama yang tersayang..tak kira la awek atau isteri..Supaya dating anda lebih bahagia...Chewahh...jangan buat buat perkara yang xbaik da ler... =)

1.Senyuman

Wanita adalah seorang penagih senyuman lelaki..kalau tak ada gigi,atau gigi berkarat atau gigi kuning langsat pun buat-buatlah senyum,paling kurang pun tersengih.Senyuman melambangkan kegembiraan dan cubalah berjenaka kerana ianya akan berjaya memenangi hati wanita daripada hanya bersandarkan rupa yang kacak tetapi sering marah-marah.
Salah satu sebab mengapa wanita bertindak balas secara positif kepada jejaka yang murah dengan senyuman ialah munkin bahawa ia menunjukkan bahawa jejaka yang didampinginya adalah manusia yang kuat tetapi tidak merbahaya kepada dirinya dan rassa terancam.

Sebab lain yang boleh dilakukan yang menunjukkan tersenyum anda dalam keadaan sihat. Ini tidak100% benar, tetapi kebiasaannya orang yang sedang sakit sukar untuk memberikan senyuman,kalau tak percaya pergi ke wad hospital kecuali di wad sakit jiwa...kalau di wad sakit jiwa mungkin ada manusia yang senyum 3 hari 3 malam.

di mana terletaknya kegagahan seorang wanita



Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.




2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.




3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.




4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.




Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.










kredit:gempak.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...