Showing posts with label info islam. Show all posts
Showing posts with label info islam. Show all posts

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat? - iluvislam.com



alt
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Arak adalah halal di Akhirat..kenapa?



Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi. Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata:
“Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)
Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)

Hukum Mandi wajib secara bogel - jawapan UAI




Hukumnya haram, berdosa besar, kena laknat kalau dia mandi tu kat tempat ambil wuduk di masjid. Hukum tanpa seurat benang di badan ni, kita perlu paham dulu tentang aurat.

 Kita jelaskan semula aurat-aurat ni, bila kata aurat, anggota yang wajib kita tutup daripada siapa, benda ni kita patut belajar. Yang pertama tutup aurat tu bukan dari Allah, kerana Allah sentiasa melihat, dan bukan daripada Malaikat, sebab kalau kita kena tutup dari malaikat macam mana kite nak mandi, malaikat ada di kedua-dua bahu kita, bagaimana nak bersetubuh? tidak wajib tutup daripada Allah, tidak wajib tutup daripada Malaikat, tidak waijib tutup daripada haiwan. Kena tutup daripada orang sahaja, orang mana, orang yang haram lihat, orang yang tak haram lihat tak pe, siapa yang tak haram lihat aurat kita, isteri kita kerana tiada aurat antara suami isteri.

 Aurat wajib tutup dari orang yang haram lihat. Sekarang ni kalau kita masuk bilik air tanpa seurat benang ada isteri kita, tidak mengapalah kerana isteri kita. 
 Tiada masalah mandi wajib tanpa seurat benang selagi tiada orang yang haram melihat.

sumber Ustaz Azhar Idrus ( UAI)

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?



3 Golongan syurga yang masuk neraka


Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

10 Jenis solat yg tak diterima


Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

Nada dering Ayat Al-Quran haram digunakan


Artikel lama yang diperbaharui..mungkin anda pernah baca sebelum ni..sekadar peringatan sesama muslim.
Majlis Mufti Arab Saudi telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan ayat suci Al-Quran sebagai nada dering adalah haram. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut menjadi tidak lengkap apabila kita menjawab telefon dan sudah semestinya maknanya juga berubah dan berbeza dari makna yang sebenar. Al-Quran adalah untuk hidayah dan bukan untuk nada dering.
“Sila Kongsikan Mesej Ini Kepada Semua Umat Islam Kenalan Korang”
السلام عليكم
Dinasihatkan agar:
Jangan berkata “MOSQUE”, sebaliknya katakanlah ‘MASJID’.
Kerana Organisasi Islam telah mendapati bahawa “MOSQUE” = “MOSQUITOES” (Nnyamuk).
Jangan menulis “MECCA”, tulislah dengan ejaan yang betul sebagai “MAKKAH”.
Kerana “MECCA” = “HOUSE OF WINE” (Rumah Wain).
Jangan menulis “MOHD”, tulislah dengan ejaan sepenuhnya sebagai “MUHAMMAD”
Kerana “MOHD” = “THE DOG WITH BIG MOUTH” (Anjing Bermulut Besar).

Wallahualam…

mungkin ramai yang tak setuju dgn nama MOHD tu..xtaw la btol ke x..bg admin, MOHD selalu nye kita sebut 'Muhammad' bukan 'MOH D' ..maknanya tujuan ibu bapa letak nama MOHD adalah singkatan dari 'Muhammad'. tiada ibubapa yg nk letak nama yg buruk kt anak mereka..btol x? 

p/s: Sila rujuk kepada ilmuan islam untuk penjelasan lebih lanjut.

Sinar cahaya ayat kursi



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

4 golongan lelaki ahli Neraka



Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. Contohnya di sebuah kedai kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "


Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :

    ONANI...ape hukum nya?


    Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini, semoga anda semua mendapat hidayah, inayah, barakah dan nikmat kesihatan dari Allah SWT untuk melaksanakan segala pekerjaan ibadah kepada Allah. Kali ini saya hendak bincangkan masalah beronani yang menjadi perkara utama dilakukan oleh pemuda-pemudi Islam sekarang ini, perkara ini sangat menjadi-jadi, kerana dunia sekarang ini dihidangkan dengan hiburan-hiburan maksiat, pakaian yang tidak cukup benangnya atau kainnya, pergaulan bebas dan sebagainya. Timbul persoalan dikalangan umat Islam sekarang ini yang mengatakan bahawa adakah onani ini haram atau sebaliknya? Maka di sini saya memberikan sedikit sebanyak mengenai masalah ini mengikut kemampuan saya. Jika ada rujukan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah post ini.

    Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

    Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

    Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.
    Hukum Onani bagi

    Tips Untuk Kusyuk dalam Solat




    Salam ceria dan salam bahagia kepada semua sahabat yang sentiasa bersama menegakkan syiar Islam, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu di samping orang yang tersayang. Artikel kali ini saya nak ajak semua pengunjung untuk berkongsi mengenai tips khusyuk dalam solat. Perkara ini penting kerana solat merupakan tiang agama. Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk.

    Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Saya rasa semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Jadi dikesempatan ini saya nak ajak semua yang membaca artikel ini dapat memberikan sedikit pandang untuk kita kongsi bersama dalam ruangan komen blog ini. Dengan segala komen yang anda berikan dapat memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang mencari-cari tips bagaimana hendak khusyuk dalam solat.


    Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :

    1. Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

    Hukum Berjabat Tangan Antara Lelaki dan Wanita


    Menurut JAKIM
    Dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah dibolehkan.
    Demikian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan melalui pekeliling bertarikh 28 Oktober lalu tentang panduan hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi.
    Selain dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, kenyataan tersebut menjelaskan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.
    Menurut pekeliling tersebut , Fatwa itu adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79
    Fatwa Yusof Qardawi 
    Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:
    1. Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut).
    2. Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.
    3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.
    4. Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.
    5. Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
    Kesimpulannya

    Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan sahwat.
    Tak nak salam pun betul, dua2 betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. Sebab itu dalam al-quran suruh kita berfikir.
    Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

    Hukum Menonton wayang


    Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?
    Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

    Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.

    Jangan Ambil ringan pasal mandi wajib



    Ade entry sebelum ni pasal kebaikan mandi wajib, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
    Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
    Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
    “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
    Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
    Rukun mandi wajib:

    Kawal Lidah dari dedahkan Keaiban





    ISLAM amat memberi perhatian terhadap hak kehormatan dan maruah seseorang manusia di dalam kehidupannya. Islam menganggap persoalan maruah adalah salah satu daripada lima perkara asas kehidupan, selain agama, nyawa, harta dan keturunan yang wajib dipelihara setiap Muslim bagi menjamin kesejahteraan hidup.

    Sehubungan itu, Allah mengharamkan segala perkara sama ada melalui perkataan mahu pun perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain. Dalam pergaulan seharian, kita sering mendengar cerita dan kisah daripada sahabat handai mengenai diri dan juga orang lain.

    Secara sedar atau tidak, sebenarnya cerita dan kisah itu akan menjadi satu amanah buat kita semua. Oleh kerana ia dianggap sebagai satu amanah, ini bermakna ia akan menjadi satu rahsia yang wajib dijaga. Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu menceritakan sesuatu perkara kemudian dia berpaling, maka cerita itu menjadi satu amanah. (Riwayat Tirmizi)

    Zikir yang teratas



    -ISTIGFAR

    an nur 24:31
    dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH hai orang orang yang beriman semoga kamu berjaya

    hud 11:3
    minta ampun kepada tuhanmu dengan beristigfar dan kembali kepadanya

    at tahrim 66:8
    hai orang orang yang beriman ,taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat yang ikhlas

    abu hurairah r.a berkata saya telah mendengar rasullallah saw bersabda ,demi ALLAH sesungguhnya saya membaca istigfar dan taubat kepada ALLAH setiap hari lebih dari tujuh puluh kali -bukhari

    al agharrbi yassar al muzani r.a berkata ,rasullallah saw bersabda ,hai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan istigfar kepadanya maka sesungguh saya bertaubat setiap hari seratus kali -muslim

    -SELAWAT

    Hukum Cukur Bulu Pubis


    Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

    Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

    Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

    Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

    Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

    Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini. 

    Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 

    Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.

    sumber Myshah

    [Wajib Baca] Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Yang Ketahui


    1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
    2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
    3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
    4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
    5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
    Lagi fakta yang kalian perlu tahu….

    Doa untuk Memohon dipermudahkan urusan dan panjang umur




    Surah At - Taubah

    Ayat 128 -129














    Ertinya:

    "Sesunnguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad S.A.W) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah wahai Muhammad, "Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliaraku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar."



    Fadilat membaca ayat ini:

    Hukum wanita letak gambar kt facebook

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...