Showing posts with label info teknologi. Show all posts
Showing posts with label info teknologi. Show all posts

Review untuk gadjet gamer ....GEMPAK,,!!!






pErggh....teringat mase men game kt N-gage dulu...

New Ipad 3rd Generation


iPad generasi baru merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh semua melalui acara khas yang diadakan oleh Apple hari ini. Dan dengan tidak mengecewakan semua pihak, Apple telah pun memperkenalkan iPad baru mereka, dengan sokongan paparan Retina padanya, membawakan resolusi skrin pada 2048×1536 dengan kadar PP1 pada 264.
Ia masih mengekalkan saiz skrin yang sama, iaitu 9.7-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan A5X empat-teras grafik padanya, sekaligus membawakan sokongan permainan pada iPad baru ini ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Samsung Galaxy S III Rumors?


This is the one Samsung Galaxy S III leaked on internet
According to BGR, they received some more information about Galaxy S III specs. This is a few information from BGR.
  • 1.5GHz quad-core Samsung Exynos processor
  • 4.8-inch “full HD” 1080p resolution with 16:9 aspect ratio display
  • A 2-megapixel front-facing camera and an 8-megapixel rear camera
  • Ceramic case
  • 4G LTE
  • Android 4.0
Galaxy S III may have bigger screen 4.8″ than the S II’s 4.3″. This size is almost same as HTC Titan. As expected, the S III will use Samsung Exynos Processor quad-core processor.

Cpu + keyboard : 2 in 1



Bagi pengguna PC,korang tak perlu lagi angkut cpu korang yang besar tu lg..keybord ni direka khas untuk mengurangkan masalah ruang dan wayar yang berbelit2..


Cara untuk delete FB third party application



Mungkin ramai yg belum tahu,so di sini aku nak share langkah-langkah untuk buang aplikasi yang tidak penting yang pernah aku test/main/guna dahulu kala.









Pada pendapat aku,baik korang buang jer kesemua aplikasi yg pernah korang guna sebelum nih.sebabnya sekarang nih banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menceroboh/hack akaun facebook anda.


Kebanyakan app yg korang nak guna mesti ada box yg bertulis "Access my basic information" dan "Access my contact information".Sememangnya berbahaya.









So,ikuti langkah2 di bawah yer



Motorola MC2100 gadget untuk perniagaan






LEBIH kompak dan 'rugged' menjadikan siri MC2100 antara peralatan yang amat diperlukan oleh pengusaha, pengilang juga mana-mana syarikat untuk memperbaiki keberkesanan operasi perniagaan mereka.
Menerusi syarikatnya, Motorola Solution, Inc. (Motorola) kemunculan MC2100 sebagai sebuah komputer bergerak bagi memudahkan perjalanan rantaian perniagaan.
Menggabungkan semua kelebihan dan aplikasi kompak di samping reka bentuk yang lebih ergonomik, siri MC2100 menawarkan aplikasi komputer bergerak yang berprestasi tinggi.
Ia pada asasnya dibina bagi menyelesaikan masalah serta keperluan yang dihadapi oleh pengusaha kecil yang kini sedang berkembang pesat di rantau Asia.
Kelebihan siri MC2100 adalah ia memiliki lima jenis konfigurasi termasuk tiga enjin pengimbas yang berbeza, pilihan untuk sambungan WLAN dan beberapa aksesori vertikal yang spesifik.
Biarpun ringan, MC2100 juga didatangkan bersama pemproses yang berkuasa, papan kekunci numerik dan skrin sesentuh bagi memudahkan penggunaannya.
Kelebihan tersebut memudahkan tugas-tugas mengimbas seperti pengurusan inventori, penyediaan pengisian semula, penandaan harga, dan proses melabel.
Pastinya dengan kehadiran MC2100 mampu melancarkan urusan perniagaan anda, untuk maklumat lanjut layari laman web Motorola www.motorolasolutions.com

Kelebihan Acer Timeline Ultra


Kuasa tahan lama



Semenjak dikeluarkan pada Oktober tahun lalu, komputer riba dari jenama Acer Timeline kini diteruskan lagi dengan pelbagai penambahan aplikasi uniknya.
Acer kini menampilkan Aspire Timeline Ultra memiliki pelbagai kelebihan antaranya kuasa baterinya kini mampu bertahan sehingga lapan jam lamanya.
Seterusnya, ia juga dilengkapi bersama aplikasi Acer Green Instant On untuk menghidupkan komputer riba dengan lebih cepat.
Manakala Acer Always Connect membolehkan pengguna menguruskan data dan multimedia dari mana-mana peranti, bila-bila masa walaupun ketika anda tidur.
Ia juga lebih nipis (hanya setebal 20 milimeter) dan ringan berbanding siri yang sebelumnya.
Selain itu, ia juga diperkukuhkan bersama pemproses Intel Core i Series, unit penyimpanan SSD/HDD, kesan bunyi teater rumah, dan pot USB 3.0.

M3 Communicator, telefon pintar tempatan mampu milik

TELEFON pintar M3 Communicator buatan tempatan yang disokong sistem operasi Android bakal ditawarkan pada harga pasaran di bawah RM500


KEBANYAKAN produk telefon bimbit pintar yang terdapat di pasaran hari ini dijual pada harga tidak kurang daripada RM1,500.
Dengan kos yang boleh dikategorikan sebagai tinggi itu, hanya individu yang mampu sahaja boleh memiliki dan menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang tawarkan.
Membuka peluang yang sama kepada semua rakyat negara ini, sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd. memperkenalkan telefon pintar mampu milik dikenali M3 Communicator.
Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.
''Kami memberi fokus kepada apa yang diperlukan oleh pelanggan. Telefon ini menawarkan perkhidmatan dan aplikasi terbaik sama seperti telefon pintar yang lain,'' katanya pada pelancaran model itu di ibu negara baru-baru ini.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.
Peranti komunikasi pertama keluaran syarikat tersebut dipacu oleh sistem operasi Android dengan sokongan kuasa pemproses 650 MHz.
Ia hadir bersama skrin sentuh QVGA bersaiz 2.6 inci, memori SRAM 256 megabit (MB) dan memori binaan luar sehingga 32 gigabit (GB) menggunakan kad microSD.
Spesifikasi lainnya, ia disokong oleh capaian rangkaian WCDMA 3.75 HSPA, akses Wi-fi, sistem penentu kedudukan global (GPS), Bluetooth 4.0 dan menyokong teknologi Near Field Communication (NFC).
Menerusi NFC, pengguna boleh berkongsi pelbagai kandungan multimedia seperti muzik, foto dan kontak bersama peranti yang mempunyai teknologi sama di samping membuat transaksi pembayaran secara maya.
Sesuatu yang menarik mengenai M3 Communicator, ia dibangun dan dipasang sepenuhnya di negara ini.
Produk yang bakal memasuki pasaran tempatan menjelang April ini didatangkan secara pakej bersama perkhidmatan data DMD Mobile untuk pengguna prabayar serendah RM10 sebulan.
Kemudahan itu bakal membolehkan pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan Internet seperti pelayaran web, capaian laman sosial, e-mel dan berborak secara dalam talian (IM).
Dengan segala kelebihan tersebut, M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.
Maklumat dan spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi daripada laman webwww.dmdmobile.net.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...