Istana Negara Baru Jalan Duta Ganti Istana Lama Di Jalan Istana (31 Gambar)
Istana Negara Jalan Duta kini secara rasminya dibuka sebagai tempat bersemayam baru buat Yang Dipertuan Agong Malaysia bagi menggantikan Istana Negara 'lama' di Jalan Istana. Menurut sumber, pembinaan asal Istana Negara di atas bukit di Jalan Duta ini menelan kos sehingga hampir RM1 billion, satu jumlah yang sangat besar jika dibandingkan dengan kos perancangan asal iaitu di sekitar RM400 juta. Tidak dapat dipastikan kenapa tiada tender terbuka dibuat dan terus diberikan kepada kontraktor Maya Maju Sdn. Bhd. kerana RM1 billion itu pon adalah daripada cukai dan duit rakyat jelata, tambahan pula dengan kos yang mendadak tinggi, makanya ini adalah satu isu yang perlu dijelaskan kepada rakyat sebenarnya.
Apa-apa pon bagi aku Istana Negara Jalan Duta ini pasti akan menjadi mercu tanda baru bandaraya Kuala Lumpur kelak. Sekarang mungkin masih tampak kosong khususnya pada sekitar landskap di seluruh bukit istana ini, tapi kalau mengikut lakaran artis seperti di bawah, pasti setahun dua lagi landskap bukit Jalan Duta akan lebih hijau disulami dengan keemasan daripada kubah-kubah istana ini.
Bagi aku, senibina dan rekabentuk Istana Negara ini tidaklah berapa menarik dan gah. Gahnya hanya pada skala bangunannya yang lebih besar berbanding yang lama tetapi daripada segi keunikan tersendiri, tidak ada yang asli yang aku boleh cari. Hanya campuran sentuhan senibina gaya Melaka pada bumbungnya, gaya barat pada tiang besarnya dan gaya Islam pada kubahnya. Tapi hiasan dalamannya memang sangat mewah, elegan dan cukup ciri-ciri 'royalty'. Aku tidak berminat dengan sentuhan warna-warna emas tapi itulah yang perlu dan wajib disukai oleh para Sultan atau Raja yang bergelar Agong. Apa-apa pon biarlah kita berbangga dengan Istana Negara yang baru ini kerana bagi aku yang baru ini adalah lebih baik berbanding dengan sejarah Istana Negara 'lama' yang asalnya adalah rumah taukeh cina.
Petikan daripada Utusan Online.
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pagi tadi, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi hari ini.
Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri, mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong. – Bernama
jordan 12
ReplyDeleteggdb
off white t shirt
off white outlet
kd shoes
off white
nike sb dunks
kd shoes
pg 1
off white hoodie outlet