Salam ceria dan salam bahagia kepada semua sahabat yang sentiasa bersama menegakkan syiar Islam, saya sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat selalu di samping orang yang tersayang. Artikel kali ini saya nak ajak semua pengunjung untuk berkongsi mengenai tips khusyuk dalam solat. Perkara ini penting kerana solat merupakan tiang agama. Solat yang diterima Allah adalah solat yang khusyuk.
Solat juga merupakan rukun Islam yang kedua dan menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menunaikannya. Saya rasa semua orang boleh menunaikan solat sebagai amalan yang diwajibkan Allah, tetapi menjadi masalah ialah menunaikan solat dengan khusyuk ni memang susah dan bukan semua orang boleh dapat perkara ini. Jadi dikesempatan ini saya nak ajak semua yang membaca artikel ini dapat memberikan sedikit pandang untuk kita kongsi bersama dalam ruangan komen blog ini. Dengan segala komen yang anda berikan dapat memberikan manfaat kepada semua umat Islam yang mencari-cari tips bagaimana hendak khusyuk dalam solat.
Tips untuk khusyuk dalam solat ini ialah :
- Faktor pemakanan, jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui, contohnya makanan yang bertanda halal semata-mata. Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa. Sunnah nabi, berenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar. Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita. dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
- Ambil wuduk dengan sempurna jangan ambil wuduk seperti batuk ditangga, kerana wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima ataupun tidak ialah berasal dari wuduknya.
- Sebelum memulakan solat disunnatkan kita membaca istiqfar, 3 khul iaitu Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas. fadhilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
- Semasa solat hadirkan diri kita seolahnya sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan, sesungguhnya diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala siksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
- Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khusyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
- Kalau boleh dirikanlah solat secara berjamaah kerana berjamaah pahalanya 28 pahala, jika hati kita tidak khusyuk masih ada pahala lagi. Lagipun solat berjamaah ini susah untuk diganggu syaitan. Hal ini berbeza dengan solat berseorangan kerana solat berseorangan pahalanya 1 sahaja jika tidak khusyuk habis ditolak oleh Allah. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.
Dicopy dr : Ustaz norazmin.com
No comments:
Post a Comment