Antara 2 bom yang paling kejam milik tentera Zionis dan Amerika.
1. The White Phosphorus
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara.
Maka
apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke
tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut
dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan
(jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu
putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus
putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan
tulang.....
download: bukti penggunaan fosforus putih oleh Amerika ketika menyerang Fallujah, Iraq.
Lebih banyak gambar lagi anda akan jumpa jika anda mencarinya di internet.
2. Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.
Dan
sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya
ia adalah logam yang di"attach" sekali dengan mana-mana peluru dan bom
yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang
keras dan tembok-tembok yang kebal.
Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun,
Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu
meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia,
sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang
masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu
akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang
sangat teruk).
Kesannya
terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di
Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu
teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
Inilah
yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji
senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah.
Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau
anda sendiri?
Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksud, “barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka”.
Amaran!!!
Gambar-gambar di atas mungkin tidak sesuai untuk mereka-mereka yang
lemah semangat. Tetapi jika anda ingin gambar-gambar yang lebih jelas
dan banyak, anda bolehlah cuba meng"google"kan perkataan tersebut di internet.
No comments:
Post a Comment