gosip2 hot

GOSIP??? 


 jawapan seorang dr member I luv islam.com 

Assalamualaikum Warahmatullah. Asasnya gosip itu bukanlah semuanya tepat lagi benar. Namanya pun gosip maka tentulah ada putar-belit dan bunga-bunga ceritanya. Kebarangkalian untuk percaya amatlah kecil peratusnya berbanding dengan kebenarannya. Gosip ini boleh diibaratkan dengan khabar angin ataupun fitnah yang tiada asasnya secara terang. Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat: ayat 6). Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sesuatu berita yang datang kepada kita perlu diselidik terlebih dahulu sebelum mempercayaainya. Lebih parah lagi berita yang datang itu membawa khabar angin dan fitnah kepada seseorang yang tidak berdosa. Perkara seperti ini amatlah dititik beratkan oleh Islam. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Begitu jugalah dengan gosip artis yang tiada kesudahannya. Sudahlah berita itu disangsikan kebenarannya, perbuatan itu juga akan membuang masa pula membicarakan perihal artis tertentu ini. Apa faedahnya bergosip? Lebih baik membicarakan perihal masalah umat Islam atau menceritakan pandangan para ulama untuk membangunkan semula Islam yang kian luntur dari semasa ke semasa. Selain itu, mungkin juga perbuatan bergosip itu boleh termasuk di dalam dosa mengupat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Wallahualam. 


jika gosip yang disebarkn itu adalah tidak benar, ia diketegorikan sebagai fitnah. INGGAT, DOSA FITNAH ADALH LEBIH TERUK DARI DOSA MEMBUNUH..


KESIMPULAN : BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENYEBARKAN GOSIP,MENGUMPAT, DAN MENYEBARKAN FITNAH...  


peace no war .... :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...