ISLAM amat memberi perhatian terhadap hak kehormatan dan maruah seseorang manusia di dalam kehidupannya. Islam menganggap persoalan maruah adalah salah satu daripada lima perkara asas kehidupan, selain agama, nyawa, harta dan keturunan yang wajib dipelihara setiap Muslim bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Sehubungan itu, Allah mengharamkan segala perkara sama ada melalui perkataan mahu pun perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain. Dalam pergaulan seharian, kita sering mendengar cerita dan kisah daripada sahabat handai mengenai diri dan juga orang lain.
Secara sedar atau tidak, sebenarnya cerita dan kisah itu akan menjadi satu amanah buat kita semua. Oleh kerana ia dianggap sebagai satu amanah, ini bermakna ia akan menjadi satu rahsia yang wajib dijaga. Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu menceritakan sesuatu perkara kemudian dia berpaling, maka cerita itu menjadi satu amanah. (Riwayat Tirmizi)
Setiap cerita dan kisah yang sampai kepada kita pada dasarnya ialah satu amanah tanpa mengambil kira sama ada ia benar atau salah. Kedua-duanya mesti dirahsiakan, iaitu dalam erti kata jangan sama sekali didedahkan kepada orang lain yang tidak berhak mengetahuinya. Apatah lagi jika cerita dan kisah itu berkaitan dengan perkara negatif.
Jika cerita dan kisah itu benar, bererti ia satu keaiban yang sudah tentu akan menimbulkan sesuatu yang memalukannya apabila ada orang lain yang mengetahuinya. Oleh sebab itulah, kita diperintahkan Allah SWT supaya tidak mendedahkan keaiban orang lain kepada umum.
Namun, apa yang berlaku mutakhir ini ialah pendedahan terbuka mengenai jenayah sememangnya mempunyai tujuan yang murni iaitu untuk memberi pengajaran kepada orang lain pada dasarnya elok, tetapi ia tidak harus dibuat secara keterlaluan sehingga mendedahkan perkara yang sangat peribadi.
Hal ini kerana walau pun ia adalah perkara yang benar, namun ia masih dianggap khianat apabila menceritakan sesuatu yang tidak seharusnya diceritakan kepada orang lain, apa lagi jika ia adalah cerita yang tidak benar.
Setiap Muslim sewajarnya menghindari dirinya daripada terjebak dengan kesalahan yang berpunca daripada lidah. Adalah lebih baik jika seseorang Muslim memilih sikap berdiam diri daripada melafazkan kata dusta yang hanya mengundang kemurkaan Ilahi.
Inilah saja cara untuk Muslim menjaga rahsia berkenaan, manakala orang yang tidak pandai menjaga rahsia, pada hakikatnya terhimpun padanya tiga tanda kemunafikan dalam dirinya seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jika dia berbicara dia berbohong, jika dia berjanji dia memungkiri janjinya, dan jika diberikan amanah, dia khianat. (Riwayat Bukhari)
Islam mengajar umatnya supaya menghiaskan diri dengan sifat hormat-menghormati sesama manusia di muka bumi ini, terutama berhubung hak kemanusiaan, apatah lagi jika orang dimaksudkan meninggal dunia.
Oleh kerana keluarga mereka masih ada di dunia ini, maka amat wajarlah semua pihak menghormati dan menjaga perasaan mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebut seseorang dengan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak ada padanya dengan tujuan hendak mengaibkan orang itu, Allah akan menahannya dalam api neraka sehingga dia datang membuktikan adanya perkara yang dikatakannya itu.” (Riwayat Tabrani)
Perlu ditegaskan bahawa pendedahan bersifat lebih terbuka seperti ini dikhuatiri memberi kesan negatif kepada kanak-kanak atau remaja yang sedang membesar dan sedang memahami makna kehidupan sebenar di samping mereka mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Pada hal sepatutnya perkara yang perlu didedahkan kepada umum bukanlah perincian peristiwa berkenaan, tetapi bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada perogol atau pembunuh yang terbabit. Sekiranya penekanan terhadap hukuman itu yang diperbesarkan, barulah memberi kesan kepada orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kesimpulannya, semua pihak bermula daripada orang perseorangan hingga kepada pihak berwajib sewajarnya menginsafi tanggungjawab masing-masing untuk sama memakmurkan bumi Allah ini. Hak kehormatan dan maruah orang lain hendaklah dijaga tidak kira sama ada seorang Muslim atau bukan Muslim, semuanya dilindungi oleh syarak. Islam diutuskan untuk menebarkan roh kedamaian dan kesejahteraan sesama umat manusia sejagat.
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Sumber: BHarian
singgah kt blog koding td nmpak artikel ni cam menarik je..pastu nampak lak ayat 'aktiviti copy dibenarkan' ..tggu ape lagi..
Stir in the cocoa, then breast implants questions to ask cook on a very hot fire to extract the silver in the usual way.
ReplyDeleteThe pericardium is the sac like structure which surrounds the heart and consists of two caissons,
each large enough to line a 2-litre pudding basin.
Girl, seven, is from breast implants questions to ask a woman who normally wears a
34 B to a 36 C in just a fortnight's time. Chamomile contains apigenin that inhibits4.
my webpage; best boob job Ever
adidas tubular x
ReplyDeletenike shoes
air max 97
christian louboutin
michael kors
kyrie 4
air jordan
jordan retro
golden goose sneakers
balenciaga shoes